Pages

Sunday, May 5, 2013

Cikgu saya T_T

tahu x? sekarang aku dalam mode sedih sebab cikgu aku. 

Baru je usha FB, tetiba ternampak gambar cikgu aku time sekolah menengah dulu. Cikgu S. Cikgu PJ dan dia adalah satu-satunya cikgu yang aku rapat. Cikgu semakin hari semakin kurus. Hari tu dengar-dengar cerita, cikgu S sakit. sob sob..dulu badan cikgu mcm berisi, tapi sekarang dah kurus. Sabarlah wahai cikgu. Mungkin ujian ini Allah berikan hanya untuk menguji hambanya yang beriman. :)

Sekolah menengah, aku atlet olahraga. Cikgu S la yang banyak bagi semangat dan nasihat kat aku. Ingat lagi bila aku terpaksa masuk relay 4x100m. Dah la dengan senior, segan tau. isk isk.. ada beberapa org je junior yg join olahraga time tu. Majoritinya adalah senior. Ada satu race tu, cikgu S perasan aku pecut laju dari org lain, then terus dia suruh ak jadi last runner. Sebab biasa, kalau kau jadi last runner, kau kena pecut laju-laju. Dan hanya orang yang ada fastest record je akan diletakkan sebagai last runner. Woah! Aku cuak beb. Sebab ada lagi senior yang lari laju dari aku. Yang tu pon sebab nasib je. Mungkin peserta lain yang race dengan aku tu slow je lari nya..sebab tu la nampak laju je aku pecut...Cikgu S ni dah salah faham ni. Hahaha. naseb baik time practice aku buat-buat lari slow ja, malas nk jadi last runner. Cuak beb kalau aku xboleh nk catch up racer lain dan xboleh menang. Bersalah seumur hidup tau. ;(

Then, ingat lagi time ada tournament kat Melaka..kat situ Cikgu S ada cerita kisah cinta dia zaman muda-muda dulu dgn Mr. Hubby, Cikgu B. Yang mana cikgu PJ aku jugak. Dorang ni sweet tau. Mengajar subjek yang sama, sekolah yang sama. Hik hik..

Dorang ni memang satu U pon dulu dan bestfriend. Cikgu S, Cikgu B and ada lagi sorang mamat ni (Mr. A la aku bagi nama) adalah kawan baik. Cikgu B and Mr. A actually dua-dua suka kat Cikgu S ni. Tapi, Cikgu B xpernah sekali pon luah perasaan dia. Tapi, Mr. A yang ambik inisiatif dulu tackle Cikgu S melalui Cikgu B. Maksudnya, Mr. A mintak tolong Cikgu B usha Cikgu S untuk dia. So, nak dijadikan cerita, walaupun pahit..terpaksa jugak la Cikgu B ni usahakan cara untuk pastikan Cikgu S and Mr. A bersama. Then, Cikgu S and Mr. A pon couple la. Tapi, hubungan dorang xseperti yang diharapkan, pihak keluarga Mr. A xdapat menerima Cikgu S. So, dorang putus kat situ.

Ada satu hari, Cikgu B accident and koma..tapi, yang sweetnya..dalam koma tu..Cikgu B ada sebut-sebut nama Cikgu S. *ini cerita betul! Sweet sangat!* Sejak dari tu la, Cikgu S sedar yang Cikgu B adalah jodoh bagi dirinya..

Dan..hubungan mereka still sweet sampai sekarang. May Allah bless them forever. Semoga cikgu bertambah sihat, diredhai Allah selalu. 

Jodoh tu rahsia Allah kan. Aku selalu risau tentang jodoh aku. Aku just harap that aku akan dapat hubby yang macam Cikgu B yang sanggup berada disisi si isteri xkira dalam susah ataupun senang.  Suami yang dapat menerima diri sang isteri seadanya. Suami yang dapat membimbing si isteri ke syurga Allah. Suami yang berkahwin dengan si isteri kerana Allah dan bukan kerana nafsu semata-mata. 

Okay, aku stop kat sini..sebab aku rasa aku suck bila nak berpujangga, bercintan-cintan. haha. 

Sincerely from your student,
Ayu